Sains Tahun 6

Categories: Sains, Tahun 6
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Subjek Sains Tahun 6 memperkenalkan murid kepada dunia sains yang lebih luas dan mendalam melalui penerokaan fenomena alam, teknologi, serta kehidupan seharian manusia. Murid didedahkan kepada kemahiran saintifik, pengetahuan biologi, fizik, dan teknologi secara bersepadu bagi membentuk pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, dan semangat ingin tahu terhadap dunia sekeliling.

Melalui pembelajaran yang berbentuk penemuan dan eksperimen, murid akan memahami konsep penting seperti daya, tekanan, kelajuan, sistem tubuh manusia, mikroorganisma, interaksi antara hidupan, serta teknologi moden yang memberi kesan kepada kehidupan dan alam sekitar.

Selain itu, murid juga digalakkan untuk mengamalkan nilai murni sains seperti kebersihan, tanggungjawab terhadap alam sekitar, serta kepentingan inovasi dan keselamatan dalam penggunaan teknologi.

Objektif utama Sains Tahun 6 ialah melahirkan murid yang:

  • Berfikiran saintifik dan kreatif.

  • Mampu membuat pemerhatian dan eksperimen dengan betul.

  • Menyedari hubungan antara sains, teknologi, dan kehidupan.

  • Bertanggungjawab terhadap kesejahteraan diri dan alam sekitar.

Dengan pendekatan yang menyeronokkan dan aktiviti yang bersifat hands-on, Sains Tahun 6 menjadi asas penting bagi persediaan murid ke peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi.

Show More

Course Content

Unit 1: Kemahiran Saintifik
Nota Ringkas: Kemahiran saintifik ialah kemahiran yang digunakan oleh saintis untuk mengkaji dan memahami sesuatu fenomena alam. Antara kemahiran proses sains termasuklah: Memerhati – menggunakan deria untuk mendapatkan maklumat. Mengelas – mengumpulkan objek atau makhluk hidup berdasarkan ciri yang sama. Mengukur dan menggunakan nombor – menggunakan unit piawai untuk mendapatkan data yang tepat. Membuat inferens – membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian. Meramal – menjangka apa yang akan berlaku berdasarkan pola atau data. Berkomunikasi – menyampaikan maklumat melalui gambar rajah, carta, atau laporan. Mengawal pemboleh ubah – mengekalkan dan menukar faktor dalam eksperimen. Mentafsir data – memahami maklumat daripada jadual atau graf. Membuat hipotesis – menyatakan jangkaan awal sebelum menjalankan eksperimen. Mengeksperimen – menjalankan ujian untuk membuktikan hipotesis.

  • Soalan Objektif

Unit 2 : Manusia
Nota Ringkas Manusia mempunyai pelbagai anggota badan dan sistem yang saling berhubung antara satu sama lain. Antara sistem penting ialah sistem pembiakan dan sistem saraf. Sistem pembiakan berfungsi untuk membolehkan manusia mendapat zuriat, manakala sistem saraf pula mengawal dan menyelaras pergerakan serta deria badan. Manusia perlu menjaga kesihatan diri, kebersihan anggota badan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik.

Unit 3: Mikroorganisma
Nota Ringkas Mikroorganisma ialah organisma yang sangat kecil dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop. Mikroorganisma terbahagi kepada bakteria, kulat, alga, protozoa, dan virus. Mikroorganisma hidup di mana-mana seperti di air, tanah, udara, badan manusia dan haiwan. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma ialah suhu, kelembapan, makanan, dan cahaya. Mikroorganisma ada kegunaan baik (seperti membuat roti, yogurt, antibiotik) dan ada juga keburukan (menyebabkan penyakit dan pereputan makanan).

Unit 4: Interaksi Antara Hidupan
Nota Ringkas Interaksi antara hidupan bermaksud hubungan yang berlaku antara manusia, haiwan, dan tumbuhan dalam sesebuah ekosistem. Setiap hidupan saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal, dan perlindungan. Contohnya, haiwan bergantung pada tumbuhan sebagai makanan, manakala tumbuhan bergantung kepada haiwan untuk penyebaran biji benih. Keseimbangan interaksi ini sangat penting untuk mengekalkan kestabilan ekosistem.

Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Nota Ringkas Pemeliharaan dan pemuliharaan ialah usaha manusia untuk melindungi haiwan dan tumbuhan daripada pupus serta menjaga keseimbangan alam sekitar. 🔹 Pemeliharaan bermaksud menjaga dan melindungi sesuatu daripada rosak atau musnah. 🔹 Pemuliharaan bermaksud memulihkan semula sesuatu yang telah rosak supaya dapat digunakan semula. Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan: Mengekalkan keseimbangan ekosistem. Mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Menjamin sumber alam untuk generasi akan datang. Memastikan bumi kekal sihat dan lestari. Contoh Haiwan yang Telah Pupus: Harimau Tasmania, Dodo, Badak Sumatera (di Malaysia). Contoh Haiwan yang Diancam Pupus: Harimau Malaya, Gajah Asia, Penyu Belimbing. Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan: Menguatkuasakan undang-undang, menubuhkan taman negara, melarang pemburuan haram, dan mengadakan kempen kesedaran.

Unit 6: Daya
Nota Ringkas 1. Maksud Daya: Daya ialah tarikan atau tolakan yang boleh mengubah bentuk, arah atau keadaan sesuatu objek. 2. Jenis Daya: Daya Tarikan Daya Tolakan Daya Geseran Daya Graviti 3. Kesan Daya: Menggerakkan objek yang pegun. Memberhentikan objek yang bergerak. Menukar arah pergerakan. Mengubah bentuk objek. 4. Geseran: Geseran ialah daya yang melawan pergerakan dua permukaan yang bersentuhan. 5. Faktor yang Mempengaruhi Geseran: Jenis permukaan (kasar atau licin). Berat objek. Luas permukaan sentuhan. 6. Tekanan: Tekanan ialah daya yang dikenakan ke atas satu unit luas permukaan. 7. Hubungan Luas Permukaan dan Tekanan: Semakin kecil luas permukaan, semakin tinggi tekanan. Semakin besar luas permukaan, semakin rendah tekanan. 8. Tekanan Udara dan Ketinggian: Semakin tinggi kedudukan, semakin rendah tekanan udara. 9. Aplikasi Tekanan Udara: Penyedut minuman Picagari Pam angin Tin aerosol

Unit 7 – Kelajuan
Nota Ringkas Kelajuan ialah jarak yang dilalui oleh sesuatu objek dalam tempoh masa tertentu. Rumus kelajuan: Kelajuan = Jarak Masa Kelajuan= Masa Jarak ​ Unit kelajuan biasanya meter sesaat (m/s) atau kilometer sejam (km/j). Jika jarak meningkat tetapi masa sama, kelajuan bertambah. Jika masa meningkat tetapi jarak sama, kelajuan berkurang. Hubungan antara ketiga-tiga: Kelajuan = Jarak ÷ Masa Jarak = Kelajuan × Masa Masa = Jarak ÷ Kelajuan Contoh: Kereta bergerak 100 km dalam 2 jam → Kelajuan = 100 ÷ 2 = 50 km/j. Alat untuk mengukur kelajuan: Speedometer.

Unit 8: Teknologi Pengawetan Makananb
Nota Ringkas 1. Kerosakan Makanan Makanan boleh rosak disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Faktor lain yang menyebabkan makanan rosak termasuk suhu, kelembapan, dan cara penyimpanan yang salah. 2. Pengawetan Makanan Pengawetan makanan ialah proses melambatkan atau menghentikan kerosakan makanan supaya tahan lebih lama. Contoh kaedah pengawetan: Menjemur / Mengeringkan (ikan kering, buah kering) Menyejukkan / Membekukan (daging, sayur) Mengetin (sardin, jagung) Menggaram / Memerap (ikan masin, jeruk) Menambah bahan kimia pengawet (roti, kek) 3. Projek Pengawetan Makanan Murid boleh menjalankan aktiviti membuat jeruk, ikan masin, atau buah kering. Tujuannya untuk memahami bagaimana kaedah pengawetan mengekalkan kesegaran makanan. 4. Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan Kadang-kadang dua atau lebih kaedah digunakan bersama, contohnya: Ikan disalai dan disimpan dalam peti sejuk. Buah dijemur dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Unit 9: Bahan Buangan & Teknologi Pengawetan Makanan
Nota Ringkas 1. Bahan Buangan Bahan buangan ialah sisa atau lebihan daripada aktiviti manusia yang tidak lagi digunakan. Terbahagi kepada dua jenis: Terbiodegradasi: Boleh diuraikan oleh mikroorganisma. Contoh: sisa makanan, daun kering, kertas. Tidak Terbiodegradasi: Tidak boleh diuraikan secara semula jadi. Contoh: plastik, kaca, logam. Pengurusan bahan buangan yang baik dapat mengurangkan pencemaran dan menjaga keseimbangan alam sekitar. 2. Pengurusan Bahan Buangan Langkah-langkah pengurusan: Kitar semula Guna semula Kurangkan penggunaan Buang dengan cara selamat Tujuan: Menjimatkan sumber dan melindungi alam sekitar daripada pencemaran. 3. Kerosakan Makanan Berlaku apabila makanan berubah bau, warna, atau rasa disebabkan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Faktor: suhu tinggi, kelembapan, dan penyimpanan tidak betul. 4. Pengawetan Makanan Kaedah untuk melambatkan atau menghentikan pertumbuhan mikroorganisma supaya makanan tahan lama. Contoh kaedah: Penyejukan Pengeringan Pengetinan Penambahan garam atau gula Pengasapan 5. Gabungan Kaedah Pengawetan Kaedah moden menggabungkan beberapa teknik, contohnya penyejukan + pembungkusan vakum, bagi meningkatkan jangka hayat makanan.

Unit 10: Gerhana
Nota Ringkas Gerhana berlaku apabila satu jasad angkasa menghalang cahaya daripada sampai ke jasad lain. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan, menyebabkan cahaya Matahari tidak sampai ke Bulan. Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari, lalu menutup cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi. Sifat Cahaya – cahaya bergerak lurus, sebab tu wujud kawasan bayang dan bayang separa semasa gerhana. Kesan di Bumi semasa Gerhana Matahari: Langit menjadi gelap buat seketika. Haiwan berkelakuan seperti waktu malam. Suhu sekitar menurun sedikit.

Unit 11: Galaksi
Nota Ringkas Galaksi ialah kumpulan besar bintang, planet, gas, dan debu yang terikat oleh daya tarikan graviti. Galaksi Bima Sakti ialah galaksi tempat sistem suria kita berada. Dalam Galaksi Bima Sakti terdapat matahari, planet-planet, bulan, asteroid, dan komet. Sistem Suria terdiri daripada matahari sebagai pusat, dan lapan planet yang mengelilinginya. Planet dalam Sistem Suria tersusun mengikut jarak dari matahari: Utarid Zuhrah Bumi Marikh Musytari Zuhal Uranus Neptun Bintang memancarkan cahaya sendiri, manakala planet hanya memantulkan cahaya daripada matahari. Galaksi lain juga wujud di alam semesta — contohnya Andromeda dan Sombrero.

Unit 12: Kestabilan dan Kekuatan
Nota Ringkas Kestabilan bermaksud keupayaan sesuatu objek atau binaan untuk tidak mudah jatuh atau terbalik. Kekuatan ialah keupayaan sesuatu binaan untuk menampung beban atau daya tanpa rosak atau runtuh. Faktor yang mempengaruhi kestabilan: Tapak yang luas lebih stabil. Titik berat yang rendah menjadikan objek lebih stabil. Faktor yang mempengaruhi kekuatan: Jenis bahan binaan (contohnya logam lebih kuat daripada plastik). Bentuk binaan (contohnya tiang segi tiga lebih kuat daripada segi empat). Kepentingan binaan yang kuat dan stabil: Mengelakkan kemalangan. Menjamin keselamatan pengguna. Contoh binaan stabil dan kuat: jambatan, bangunan, menara, dan kerusi. Aktiviti Mencipta Model Binan (Bangku Botol) mengajar murid membina struktur stabil menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.

Unit 13 : Teknologi
Nota Ringkas 1. Maksud Teknologi: Teknologi ialah penggunaan pengetahuan sains untuk mencipta alat, sistem atau kaedah yang memudahkan kehidupan manusia. 2. Kepentingan Teknologi: Memudahkan kerja harian manusia. Menjimatkan masa dan tenaga. Meningkatkan hasil dan kualiti kerja. Membantu dalam bidang komunikasi, pengangkutan, dan perubatan. 3. Perkembangan Teknologi: Dulu: teknologi ringkas seperti roda, cangkul, dan pelita. Kini: teknologi moden seperti robot, kenderaan elektrik, dan tenaga solar. Teknologi berkembang mengikut keperluan dan kreativiti manusia. 4. Nilai dalam Teknologi: Menggunakan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab. Elak penyalahgunaan teknologi yang boleh memudaratkan manusia atau alam sekitar.

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?