Pendidikan Islam Tahun 2

Categories: Pendidikan Islam, Tahun 2
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah murid berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Kandungan pembelajaran disusun mengikut 6 bidang utama iaitu:

  1. Bidang al-Quran – Membaca, menghafaz dan memahami asas hukum tajwid untuk membiasakan murid membaca al-Quran dengan betul serta beradab.

  2. Bidang Jawi – Memberi kemahiran asas membaca, menulis dan mengeja tulisan Jawi.

  3. Bidang Akidah – Memupuk keyakinan terhadap Allah SWT, rukun iman serta mengenal sifat-sifat wajib bagi Allah.

  4. Bidang Ibadah – Memberi panduan tentang bersuci, solat fardu dan bacaan dalam solat supaya murid dapat beribadah dengan betul.

  5. Bidang Sirah – Mengenalkan kisah hidup Nabi Muhammad ﷺ serta pengajaran daripada sahabat baginda.

  6. Bidang Adab – Membentuk akhlak mulia dalam kehidupan seharian seperti adab berjiran, berpakaian, berdoa dan menghormati Rasulullah ﷺ.

Melalui pengajaran ini, murid diharapkan:

  • Mampu membaca dan menghafaz surah-surah pilihan dengan tajwid yang betul.

  • Meyakini ajaran Islam melalui akidah yang sahih.

  • Mampu melaksanakan ibadah asas dengan sempurna.

  • Mencontohi akhlak Rasulullah ﷺ serta mengamalkan adab mulia dalam kehidupan seharian.

Show More

Course Content

Unit 1 – Bidang al-Quran
Tilawah (Bacaan) Membaca al-Quran dengan betul, ikut hukum tajwid. Boleh bermula dengan surah-surah pendek (al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas). Hafazan Menghafaz surah-surah pilihan dalam Juzuk ‘Amma. Hafazan perlu diulang selalu supaya tidak lupa. Tajwid Tajwid = cara membaca al-Quran dengan sebutan yang betul. Contoh hukum: mad, qalqalah, dengung (ghunnah). Membaca dengan tajwid dapat menjaga makna al-Quran.

  • Soalan Objektif

Unit 2 – Bidang Jawi
Nota Ringkas: Huruf Jawi terdiri daripada 29 huruf. Ada huruf yang sama bentuk tetapi bunyi berbeza (contoh: ب, ت, ث). Kaedah mengeja Jawi: dieja berdasarkan suku kata, ada huruf vokal (ا, و, ي) dan huruf konsonan. Menulis perkataan Jawi: dimulakan dari kanan ke kiri, setiap huruf disambungkan kecuali beberapa huruf (ا, د, ذ, ر, ز, و) yang tidak boleh disambung selepasnya.

Unit 3 – Bidang Akidah
Nota Ringkas Rukun Iman Ada 6 perkara: Beriman kepada Allah Beriman kepada malaikat Beriman kepada kitab Beriman kepada rasul Beriman kepada hari kiamat Beriman kepada qada’ dan qadar Asma’ Allah al-Husna Maksud: Nama-nama Allah yang indah dan baik. Contoh: Ar-Rahman (Maha Pengasih), Ar-Rahim (Maha Penyayang), Al-Ghafur (Maha Pengampun). Kita digalakkan berdoa dengan menyebut Asma’ al-Husna. Malaikat Allah SWT Malaikat dicipta daripada cahaya, tidak makan dan minum. Sentiasa taat pada perintah Allah. Malaikat yang wajib diketahui ada 10: Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Raqib, Atid, Munkar, Nakir, Malik, Ridwan.

Unit 4 – Bidang Ibadah
Nota Ringkas Bersuci Bersuci bermaksud membersihkan diri, pakaian, tempat, dan peralatan daripada najis dan hadas. Jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci ialah air mutlak (contoh: air hujan, air laut, air sungai). Najis terbahagi kepada najis ringan, sederhana dan berat. Solat Fardu Solat fardu ialah solat wajib 5 waktu sehari semalam. Jumlah rakaat solat fardu: Subuh (2), Zohor (4), Asar (4), Maghrib (3), Isyak (4). Bacaan Wajib dalam Solat Takbiratul ihram (Allahu Akbar). Surah al-Fatihah dalam setiap rakaat. Tahiyat akhir. Bacaan Sunat dalam Solat Doa iftitah. Bacaan surah selepas al-Fatihah. Selawat ke atas Nabi ﷺ dalam tahiyat akhir.

Unit 5 –Bidang Sirah
Nota Ringkas Sejarah hidup Rasulullah ﷺ Nabi Muhammad ﷺ dilahirkan pada tahun 571 Masihi (Tahun Gajah). Ayah baginda bernama Abdullah, ibu bernama Aminah. Dibesarkan sebagai anak yatim piatu. Nabi Muhammad ﷺ al-Amin Gelaran “al-Amin” bermaksud orang yang dipercayai. Baginda dikenali jujur, amanah, tidak pernah menipu. Kaum Quraisy mempercayai baginda menyelesaikan perselisihan. Nabi Muhammad ﷺ sahabat sejati Baginda sangat menyayangi sahabat. Sahabat setia: Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib. Sahabat membantu dalam perjuangan Islam.

Unit 6 – Bidang Adab
Adab berjiran Hormati jiran, tidak menyakiti, membantu bila perlu. Rasulullah ﷺ ajar kita supaya berbuat baik kepada jiran. Adab berpakaian & perhiasan Pakaian mestilah menutup aurat, bersih dan kemas. Jangan berlebihan atau sombong dengan pakaian. Adab berdoa Angkat tangan, hadap kiblat, mulakan dengan pujian kepada Allah & selawat. Doa dengan rendah hati, yakin Allah akan makbul. Adab bersama Rasulullah ﷺ Sayang dan hormati Baginda. Sentiasa berselawat. Ikut sunnah dan ajaran Baginda.

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?