Matematik Tahun 4

Categories: Matematik, Tahun 4
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Subjek Matematik Tahun 4 memberi penekanan kepada penguasaan asas nombor dan operasi, pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa, panjang, jisim, isi padu cecair, ruang, koordinat, nisbah, kadar serta pengurusan data.

Melalui topik-topik ini, murid didedahkan dengan:

  • Kemahiran mengira menggunakan tambah, tolak, darab dan bahagi.

  • Pemahaman nombor seperti nombor genap, ganjil, pola nombor, anggaran dan bundar.

  • Penggunaan matematik dalam kehidupan seharian seperti mengira wang, masa, ukuran panjang, berat, isi padu, serta membaca graf dan carta.

  • Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menyelesaikan masalah harian yang melibatkan lebih daripada satu operasi.

Matlamatnya ialah supaya murid bukan sahaja cekap membuat pengiraan, tetapi juga dapat menghubungkaitkan matematik dengan situasi sebenar, berfikir secara logik, membuat anggaran, dan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan seharian.

Show More

Course Content

Unit 1: NOMBOR DAN OPERASI
Nota Ringkas Nombor digunakan untuk mengira, membanding, dan menyusun. Nombor genap berakhir dengan 0, 2, 4, 6, 8. Nombor ganjil berakhir dengan 1, 3, 5, 7, 9. Pola nombor ialah susunan nombor yang mempunyai aturan tertentu. Anggaran digunakan untuk mengira secara hampir tepat. Bundar nombor membantu membuat pengiraan lebih mudah. Operasi asas: tambah (+), tolak (–), darab (×), bahagi (÷). Selesaikan masalah → guna operasi yang sesuai berdasarkan situasi harian.

  • Soalan Objektif

Unit 2 : Pecahan, Perpuluhan dan Peratus
Nota Ringkas Pecahan Tak Wajar & Nombor Bercampur Pecahan Tak Wajar: pembilang lebih besar atau sama dengan penyebut. Nombor Bercampur: ada nombor bulat + pecahan. Tambah & Tolak Pecahan Pastikan penyebut sama dahulu. Pecahan daripada Suatu Kuantiti Cari bahagian daripada jumlah keseluruhan. Perpuluhan Berkait rapat dengan pecahan & peratus. Operasi tambah, tolak, darab, bahagi ikut titik perpuluhan. Peratus 1% = 1 per 100. Tukar antara pecahan ↔ perpuluhan ↔ peratus.

Unit 3: WANG
Nota Ringkas Tambah Wang & Tolak Wang – Operasi asas sama seperti nombor biasa, cuma perlu pastikan nilai sen dan ringgit betul. Wang dan Harga – Banding harga barang, buat anggaran, dan kira baki. Darab & Bahagi Wang – Guna bila beli barang lebih dari satu atau nak bahagi wang sama rata. Instrumen Pembayaran – Cara bayar seperti duit tunai, kad debit, kad kredit, e-wallet. Selesaikan Masalah – Guna wang dalam situasi harian (kedai, pasar, restoran).

Unit 4: Masa dan Waktu
Nota Ringkas Sistem 12 jam & 24 jam – Jam 12 jam guna a.m. dan p.m., manakala jam 24 jam guna nombor 00:00 hingga 23:59. Tempoh Masa – Bezakan masa mula dengan masa tamat untuk dapatkan tempoh. Anggaran Masa – Menganggarkan masa berdasarkan situasi (contoh: perjalanan dari rumah ke sekolah). Perkaitan – 1 dekad = 10 tahun, 1 abad = 100 tahun, 1 alaf = 1000 tahun. Tukar Unit Masa – 1 hari = 24 jam, 1 minggu = 7 hari, 1 bulan ± 30 hari, 1 tahun = 12 bulan. Tambah & Tolak Masa – Tambah/ tolak jam dan minit ikut keperluan. Darab & Bahagi Masa – Masa boleh dikira bila ada ulangan (contoh: latihan 30 minit × 5 hari). Selesaikan Masalah – Aplikasi konsep masa dalam kehidupan harian.

Unit 5: Panjang, Jisim dan Isi Padu Cecair
Nota Ringkas 1 cm = 10 mm 1 m = 100 cm = 1000 mm 1 km = 1000 m 1 liter (L) = 1000 mililiter (ml) Jisim biasa guna g (gram) dan kg (kilogram), iaitu 1 kg = 1000 g. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi boleh diaplikasi pada panjang, jisim dan isi padu cecair. Anggaran digunakan bila ukuran tepat tak diperlukan. Penyelesaian masalah melibatkan kehidupan harian (contoh: ukur jalan, berat barang, isi air).

Unit 6: Ruang
Nota Ringkas Sudut: Jenis sudut → Sudut tepat (90°), sudut tirus (90° dan <180°). Garis Selari dan Garis Serenjang: Garis selari → dua garis yang tidak akan bertemu walaupun dilanjutkan. Garis serenjang → dua garis yang bertemu dan membentuk sudut tepat (90°). Luas: Luas segi empat tepat = panjang × lebar Luas segi tiga = ½ × tapak × tinggi Isi Padu: Isi padu kubus/kuboid = panjang × lebar × tinggi Penyelesaian Masalah: Guna konsep sudut, luas, isi padu dalam situasi harian.

Unit 7 – Koordinat, Nisbah dan Kadaran
Nota Ringkas Koordinat ditulis dalam bentuk (x, y). Nilai x ialah kedudukan mendatar, nilai y ialah kedudukan menegak. Titik koordinat boleh ditanda pada grid untuk tunjuk kedudukan sesuatu objek. Nisbah menunjukkan perbandingan dua kuantiti, ditulis dengan tanda :. Contoh 2:3. Nisbah dan pecahan saling berkaitan. Contoh, nisbah 2:3 bersamaan dengan pecahan 2/5 dan 3/5. Kadaran ialah dua nisbah yang sama nilai. Contoh 2:3 = 4:6

Unit 8: Bahan
Nota Ringkas Sumber Asas Bahan: Bahan boleh datang daripada alam semula jadi (contoh: kayu, kapas, getah, batu, pasir) atau buatan manusia (contoh: plastik, kaca, keluli). Sifat Bahan: Bahan ada ciri-ciri tertentu → keras/lembut, telap/tidak telap air, ringan/berat, lut sinar/legap, elastik/rapuh. Aplikasi Sifat Bahan: Setiap bahan dipilih berdasarkan sifatnya. Contoh: kaca untuk tingkap sebab lut sinar, tayar daripada getah sebab elastik, bumbung daripada zink sebab kuat dan tahan lama. Pemilihan Bahan untuk Mereka Cipta Objek: Penting pilih bahan yang sesuai untuk tujuan tertentu. Contoh: payung → kain kalis air, kerusi → kayu/logam kuat, botol minuman → plastik lut sinar.

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?