Matematik – PRA

Categories: Matematik, Pra-Sekolah
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Subjek Matematik di peringkat Pra Sekolah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang konsep asas nombor, bentuk, pola, ukuran, masa, dan kedudukan secara menyeronokkan dan mudah difahami.

Melalui aktiviti harian, permainan, dan bahan bantu mengajar bergambar, murid dibimbing untuk mengenal nombor, menyebut, menulis, membandingkan kuantiti, serta menyusun nombor mengikut turutan.

Pendekatan pengajaran menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman, pemerhatian, dan aktiviti konkrit, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran awal Matematik dengan cara yang menyeronokkan dan semula jadi.

Di akhir pembelajaran, murid akan dapat:

  • Mengenal dan menulis nombor 1 hingga 20.

  • Mengenal bentuk asas 2D dan 3D.

  • Membandingkan kuantiti serta memahami konsep lebih, kurang, dan sama banyak.

  • Menyusun nombor dan objek mengikut turutan.

  • Mengenal pola, saiz, dan konsep masa harian seperti siang dan malam.

Subjek ini bukan hanya mengajar mengira, tetapi juga membantu kanak-kanak berfikir secara logik, membuat perbandingan, serta mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah asas yang menjadi asas penting untuk pembelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah nanti.

Show More

Course Content

Mengenal Nombor 1–10 / 1–20
Kanak-kanak belajar mengenal Nombor 1 hingga 10. Aktiviti ini membantu mereka sebut, kenal bentuk Nombor, dan kaitkan Nombor dengan perkataan serta gambar.

  • Mengenal Nombor 1–10 / 1–20
  • Menulis dan Menyebut Nombor
  • Membandingkang Kuantiti
  • Pekataan Mudah Harian

Bentuk

Pola

Ukuran

Masa

Wang

Kedudukan & Arah

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?