Sains Tahun 5

Categories: Sains, Tahun 5
Wishlist Share

About Course

Mata pelajaran Sains Tahun 5 memberi penekanan kepada pemahaman konsep sains yang lebih mendalam serta penerapannya dalam kehidupan seharian. Kandungan pembelajaran disusun mengikut tema dan unit supaya murid dapat menguasai kemahiran saintifik, membuat pemerhatian, menjalankan eksperimen, serta mengaitkan pengetahuan sains dengan dunia sebenar.

Antara topik utama yang dipelajari termasuk:

  • Kemahiran Saintifik – cara saintis mengumpul maklumat, menganalisis data, serta menyelesaikan masalah.

  • Manusia – sistem rangka, sendi, peredaran darah, dan kepentingan menjaga kesihatan tubuh.

  • Haiwan – cara haiwan melindungi diri, penyesuaian diri dengan persekitaran, serta kepentingan kepelbagaian spesies.

  • Tumbuhan – kaedah perlindungan diri tumbuhan, cara pembiakan, dan peranan tumbuhan terhadap kehidupan.

  • Elektrik – sumber tenaga, litar elektrik, penggunaan elektrik dengan selamat, serta kepentingan menjimatkan tenaga.

  • Haba – konsep haba dan suhu, perubahan keadaan jirim, serta prinsip pengembangan dan pengecutan bahan.

  • Pengaratan – faktor yang menyebabkan pengaratan, kesannya, dan cara mencegahnya.

  • Jirim – pepejal, cecair, dan gas, sifat jirim, serta perubahan keadaan jirim.

  • Fasa Bulan dan Buruj – pergerakan bulan, fasa bulan, cahaya bulan, dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.

  • Mesin – jenis mesin ringkas, kegunaan dalam kehidupan seharian, dan cara ia memudahkan kerja manusia.

Show More

Course Content

Unit 1: Kemahiran Saintifik
Nota Ringkas Kemahiran Proses Sains Memerhati → guna deria untuk kumpul maklumat. Mengelas → mengasingkan objek ikut ciri. Mengukur dan menggunakan nombor → dapatkan ukuran tepat. Membuat inferens → buat kesimpulan awal. Meramal → jangka apa yang akan berlaku. Berkomunikasi → sampaikan maklumat (tulis, lukis, graf). Membuat hipotesis → jawapan sementara. Mengenal pasti pembolehubah → tentukan faktor yang berubah, tetap, dan diukur. Kemahiran Menyelesaikan Masalah Saintifik Kenal pasti masalah. Huraikan maklumat. Cadangkan penyelesaian. Uji dan nilai.

  • Soalan Objektif

Unit 2 : Manusia
Nota Ringkas Sistem Rangka Manusia dan Fungsinya Menyokong tubuh badan. Memberi bentuk badan. Melindungi organ dalaman. Membantu pergerakan. Sendi Tempat pertemuan dua tulang. Membolehkan tulang bergerak. Kedudukan sendi contoh: bahu, siku, lutut. Kepentingan Sistem Rangka Tanpa rangka, badan akan lembik. Menyokong berat badan. Sistem Peredaran Darah Manusia Terdiri daripada jantung, darah, salur darah. Fungsi: mengangkut oksigen & nutrien, menyingkirkan sisa. Laluan Peredaran Darah Peredaran darah pulmonari – darah dari jantung ke paru-paru. Peredaran darah sistemik – darah dari jantung ke seluruh badan. Perkaitan Sistem dalam Tubuh Sistem rangka, otot, peredaran darah, dan pernafasan bekerjasama untuk memastikan badan berfungsi dengan baik. Penjagaan Sistem Tubuh Makan makanan berkhasiat. Bersenam secara berkala. Elakkan rokok & minuman beralkohol.

Unit 3: Haiwan
Nota Ringkas Kemudaratan Spesies Haiwan Sesetengah haiwan boleh membawa penyakit atau merosakkan tanaman. Contoh: Tikus, nyamuk, belalang. Berlindung daripada Musuh Haiwan ada pelbagai cara untuk melindungi diri seperti duri, cangkerang, warna badan. Haiwan Menyamar Sesetengah haiwan mengubah warna/penampilan untuk elak daripada dimakan. Contoh: Sesumpah. Haiwan Menyerupai Objek Melampau Ada haiwan menyerupai daun, ranting, atau batu untuk bersembunyi. Haiwan Hidup dalam Kumpulan Hidup berkumpulan membantu mencari makanan, melindungi diri, dan menjaga anak. Haiwan Mengeluarkan Bunyi Bunyi digunakan untuk memberi amaran, menarik pasangan, atau berkomunikasi. Haiwan Mengeluarkan Bahan Kimia Ada haiwan mengeluarkan bau busuk atau racun untuk melindungi diri. Haiwan Menggunakan Anggota Tubuh Haiwan menggunakan tanduk, ekor, bisa, atau paruh sebagai senjata. Pengeluaran dan Pengawanan Spesies Haiwan Pembiakan penting untuk kesinambungan spesies. Kesan Pengurangan Populasi Jika populasi berkurang, ekosistem terganggu dan boleh pupus.

Unit 4: Tumbuh-Tumbuhan
Nota Ringkas Tumbuhan melindungi diri daripada musuh dengan cara tertentu seperti berduri, beracun, mengeluarkan bau busuk atau mempunyai rasa pahit. Spesies tumbuhan berduri/berdanur (contoh: kaktus, durian belanda) melindungi diri dengan struktur khas. Spesies tumbuhan berbuah menarik haiwan untuk sebarkan biji benih. Buah ada rasa manis/warna menarik. Kesan kemudaratan tumbuhan – ada yang beracun, boleh mencederakan, atau mengganggu manusia & haiwan. Kepentingan tumbuhan – menghasilkan oksigen, sumber makanan, ubatan, tempat perlindungan haiwan, dan menyejukkan bumi.

Unit 5: Elektirik
Nota Ringkas Sumber Tenaga Elektrik – Contoh: bateri, janakuasa, panel solar. Litar Elektrik – Litar lengkap perlu ada sumber tenaga, wayar, suis, dan mentol/peralatan elektrik. Litar Bersiri – Komponen disusun dalam satu laluan. Jika satu putus, semua tidak berfungsi. Litar Selari – Komponen disusun lebih daripada satu laluan. Jika satu putus, yang lain masih berfungsi. Simbol Elektrik – Mentol, bateri, suis, wayar. Pembaziran Elektrik – Berlaku bila lampu/kipas dibiarkan terbuka tanpa guna. Kegunaan Elektrik – Lampu, kipas, peti sejuk, televisyen, komputer. Penjagaan Peralatan Elektrik – Guna ikut arahan, jangan biar basah, jangan guna wayar rosak. Kecuaian – Sentuh suis dengan tangan basah, guna soket berlebihan → boleh sebabkan renjatan elektrik. Kesan Kecuaian – Kerosakan peralatan, kebakaran, kejutan elektrik.

Unit 6: Sains, Haba
Nota Ringkas Haba ialah sejenis tenaga yang boleh dipindahkan daripada objek panas ke objek sejuk. Suhu diukur menggunakan alat termometer. Unit suhu yang biasa digunakan: darjah Celsius (°C). Perubahan suhu air berlaku apabila air dipanaskan (suhu naik) atau disejukkan (suhu turun). Aras suhu bilik ialah sekitar 25°C – 30°C. Pengembangan: Bahan mengembang apabila dipanaskan. Pengekalan: Bahan mengecut apabila disejukkan. Kegunaan pengembangan & pengecutan bahan: termometer cecair, wayar elektrik, landasan kereta api, penutup botol logam.

Unit 7 – Pengaratan
Nota Ringkas Ciri-ciri objek berkarat: Permukaan kasar Berwarna perang kemerahan Mudah rapuh dan pecah Objek yang mudah berkarat: Paku, besi, pagar, tin, kunci, kereta lama Faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan: Kehadiran air Kehadiran oksigen Kehadiran udara lembap / lembapan Cara mencegah pengaratan: Mengecat Menyalut dengan minyak atau gris Menyalut dengan plastik Galvani (salutan zink) Menggunakan keluli tahan karat Kepentingan mencegah pengaratan: Menjaga ketahanan bahan logam Menjimatkan kos Memanjangkan jangka hayat objek Elak pembaziran

Unit 8: Jirim
Nota Ringkas Pepejal, Cecair dan Gas Pepejal ada bentuk & isi padu tetap. Cecair ada isi padu tetap, tapi bentuk ikut bekas. Gas tiada bentuk & isi padu tetap. Sifat Jirim Jirim ada jisim & memenuhi ruang. Wujud dalam 3 keadaan utama: pepejal, cecair, gas. Tiga Keadaan Jirim Air Pepejal → ais. Cecair → air. Gas → wap air. Perubahan Keadaan Jirim Air Sejukkan: gas → cecair (pencairan), cecair → pepejal (pembekuan). Panaskan: pepejal → cecair (pencairan), cecair → gas (penyejatan). Awan dan Hujan Wap air naik ke langit, sejuk & memeluwap jadi awan. Titisan air dalam awan jadi besar, jatuh sebagai hujan.

Unit 9: Fasa Bulan dan Buruj
Nota Ringkas Cahaya Bulan Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri. Cahaya bulan ialah cahaya matahari yang dipantulkan oleh permukaan bulan. Bulan Berputar, Bulan Beredar Bulan berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi bumi. Tempoh putaran bulan = tempoh edaran bulan (± 27 hari). Sebab itu, kita hanya nampak separuh muka bulan yang sama dari bumi. Fasa Bulan Bulan kelihatan berubah bentuk setiap malam kerana kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berbeza. Fasa bulan: Bulan Baru → Sabit → Suku Pertama → Purnama → Suku Akhir → Sabit Tua. Takwim Qamari Takwim Qamari ialah kalendar Islam yang berpandukan peredaran bulan mengelilingi bumi. Satu bulan Qamari = lebih kurang 29 atau 30 hari. Penting untuk menentukan awal dan akhir bulan Islam (contohnya 1 Ramadhan, 1 Syawal).

Unit 10: Mesin
Nota Ringkas Mesin dan Kehidupan Mesin membantu memudahkan kerja manusia. Mesin ringkas digunakan sejak zaman dahulu (contoh: tuas, roda, takal). Kelebihan Fungsi Mesin Ringkas Mengurangkan daya yang diperlukan. Menukar arah daya. Memudahkan kerja dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan. Kegunaan Mesin Tuas: mengangkat beban (contoh: pembuka botol, jongkang-jongket). Roda dan gandar: menggerakkan kenderaan. Takal: mengangkat beban ke tempat tinggi. Satah condong: memudahkan objek berat ditolak ke atas. Kepentingan Ciri-ciri Mesin Ringkas Menjimatkan tenaga. Memudahkan kerja harian. Digunakan dalam pelbagai peralatan moden.

Earn a certificate

Add this certificate to your resume to demonstrate your skills & increase your chances of getting noticed.

selected template

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?