Pendidikan Moral Tahun 1

Categories: Pendidikan Moral, Tahun 1
Wishlist Share

About Course

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran yang membimbing murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia membantu murid menjadi insan yang berakhlak mulia, berdisiplin dan menghormati orang lain.

Melalui mata pelajaran ini, murid akan:

  • Memahami 14 nilai utama seperti hormat, tanggungjawab, kerjasama, kejujuran, kasih sayang, dan toleransi.

  • Membiasakan diri menggunakan kata-kata sopan, berbudi bahasa, dan beradab dalam kehidupan harian.

  • Menjadi seorang warganegara yang prihatin, penyayang, adil serta mampu membina hubungan baik dengan masyarakat.

Pendidikan Moral bukan sahaja memberi pengetahuan tentang nilai, tetapi juga melatih murid mengamalkannya secara praktikal di rumah, sekolah, dan masyarakat. Ia membentuk murid menjadi insan yang seimbang dari segi emosi, sosial, dan rohani.

Show More

Course Content

Unit 1: Pegangan Hidup Saya
Pegangan hidup ialah keyakinan dan prinsip seseorang dalam menjalani kehidupan. Nilai utama: Kepercayaan kepada Tuhan. Kita perlu: Menjadi percaya pada Tuhan. Berdoa setiap hari. Bersyukur atas nikmat yang diberikan. Mengikut ajaran agama dalam kehidupan seharian. Pegangan hidup membantu kita menjadi baik, sopan, dan bertanggungjawab.

  • Soalan Objektif

Unit 2: Baik Hati Amalan Saya.
Nota Ringkas Baik hati bermaksud suka membantu orang lain tanpa mengira bangsa, agama atau darjat. Sifat baik hati menjadikan kita disayangi keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Contoh amalan baik hati: Membantu kawan yang jatuh. Berkongsi makanan dengan rakan. Memberi salam dan senyuman. Orang yang baik hati akan dihormati dan disukai ramai.

Unit 3: Tanggungjawab Suresh
Nota Ringkas Tanggungjawab ialah kewajipan yang perlu kita tunaikan. Setiap orang ada tanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, dan masyarakat. Menjalankan tanggungjawab menjadikan hidup lebih teratur dan dihormati. Contoh tanggungjawab murid: hadir ke sekolah, buat kerja rumah, tolong ibu bapa, jaga kebersihan. Orang yang bertanggungjawab akan disayangi dan dipercayai.

Unit 4 – Terima Kasih, Kawan-Kawan
Nota Ringkas Ucap terima kasih bila menerima pertolongan atau hadiah. Menghargai kebaikan orang lain menjadikan kita lebih disayangi. Ucapan terima kasih boleh diungkap dengan kata-kata, senyuman, atau perbuatan. Sentiasa berterima kasih kepada kawan, guru, dan keluarga.

Unit 5 – Budi Bahasa Amalan Saya
Nota Ringkas Budi bahasa ialah amalan bercakap sopan, hormat, dan beradab. Menggunakan kata-kata seperti tolong, maaf, terima kasih, sila. Budi bahasa menjadikan orang suka berkawan dengan kita. Menghormati ibu bapa, guru, dan rakan juga amalan budi bahasa. Jika tidak beradab, orang akan rasa tidak selesa dan menjauhkan diri.

Unit 6 – Hormati Diri Disanjung Tinggi
Nota Ringkas Hormat diri bermaksud menjaga maruah dan harga diri. Kita perlu berpakaian sopan dan kemas. Menggunakan bahasa yang baik bila bercakap. Menjaga kebersihan diri setiap hari. Tidak melakukan perkara yang memalukan diri sendiri. Orang yang menghormati diri akan dihormati orang lain.

Unit 7: Sayangi Diri Sendiri
Nota Ringkas Menyayangi diri sendiri bermaksud menjaga keselamatan, kesihatan, dan kebersihan diri. Kita perlu makan makanan berkhasiat, mandi, dan berehat secukupnya. Badan yang sihat menjadikan kita kuat, cergas, dan gembira. Menyayangi diri juga bermaksud menjauhkan diri daripada bahaya. Apabila kita sayang diri, kita juga dapat belajar dengan baik dan membantu orang lain.

Unit 8: Adil Membawa Sejahtera.
Nota Ringkas Adil bermaksud memberi layanan yang sama rata kepada semua orang tanpa pilih kasih. Orang yang adil tidak berat sebelah. Keadilan membawa keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga, sekolah, dan masyarakat. Contoh amalan adil: Berkongsi mainan dengan adik-beradik. Membahagikan tugas secara sama rata. Tidak pilih kasih antara kawan.

Unit 9: Berani Menghadapi Cabaran
Nota Ringkas Kita mesti berani menghadapi cabaran dalam kehidupan. Cabaran boleh jadi dalam pelajaran, sukan, atau membantu orang lain. Sifat berani membantu kita menjadi lebih yakin dan tidak mudah putus asa. Jangan takut untuk mencuba perkara baharu. Sentiasa berusaha dengan gigih walaupun ada kesukaran

Unit 10: Kok Heng Yang Jujur
Nota Ringkas Jujur bermaksud berkata benar dan tidak menipu. Orang yang jujur akan disukai ramai dan dipercayai. Menjadi jujur penting dalam kehidupan seharian, sama ada di rumah, di sekolah, atau bersama kawan. Sikap jujur menjadikan kita seorang yang amanah dan dihormati.

Unit 11 – Blog Kerajinan
Nota Ringkas Kerajinan bermaksud rajin berusaha dan tidak malas. Murid yang rajin akan sentiasa siap kerja rumah. Kerajinan menjadikan seseorang lebih berjaya. Rajin membantu ibu bapa di rumah adalah amalan mulia. Orang yang rajin disukai oleh guru, rakan dan keluarga.

Unit 12: Kerjasama Membawa Berkat
Nota Ringkas Kerjasama bermaksud bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu tujuan. Dengan kerjasama, kerja menjadi lebih mudah dan cepat siap. Kerjasama mengeratkan persahabatan dan silaturahim. Amalan bekerjasama boleh dipraktikkan di rumah, sekolah, dan masyarakat. Tanpa kerjasama, kerja jadi sukar, lambat, dan menimbulkan masalah.

Unit 13 – Pesanan Nenek
Nota Ringkas Kesederhanaan bermaksud tidak berlebihan dalam apa-apa perkara. Hidup sederhana menjadikan kita lebih bersyukur dan tenang. Makan, berpakaian, dan berbelanja perlu secara sederhana. Elakkan sikap boros, tamak, dan menunjuk-nunjuk. Amalkan kesederhanaan supaya hubungan dengan keluarga dan kawan lebih harmoni.

Unit 14: Bertolak Ansur Amalan Saya
Nota Ringkas Bertolak ansur ialah sikap sanggup mengalah, memberi peluang, dan menghormati orang lain. Dengan bertolak ansur, hubungan menjadi baik dan harmoni. Dalam keluarga, kawan, dan masyarakat, bertolak ansur dapat mengelakkan perbalahan. Amalan bertolak ansur menjadikan kita seorang yang disayangi dan dihormati.

Earn a certificate

Add this certificate to your resume to demonstrate your skills & increase your chances of getting noticed.

selected template

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?

✕